Keluarga Kita

Tuesday, 27 March 2012

Pentingnya menilai apa yg diceritakan kepada kita.




Setiap apa yang diceritakan kepada kita itu haruslah ditapis dahulu. Terutamanya apabila sesuatu perkara itu disabitkan kepada Nabi kita Muhammad SAW.


Asal keluar dari mulut ustaz ja semua betul, semua ditelan bulat2..Sedangkan kita tidak mengatahui sejauh manakah kesahihan kisah tersebut.

Bukan bermaksud disini nak mempertikaikan semua yang keluar dari mulut para ustaz2, tetapi sebaiknya biarlah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi kita itu disertakan dengan dalilnya sekali.

Uniknya agama kita berbanding agama lain adalah dari segi Sanadnya. Kalau sanad tak dak, maka semua orang boleh berkata apa sahaja dan mensabitkan kepada Nabi.

Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad sepatutnya menjaga nilai2 ini, jangan ditelan bulat2 smua yg disampaikan terutamanya sekali mengenai SIRAH NABI. 

Bagaimana Sirah Nabi begitu mudah ditelan dan diterima oleh maysarakat kita tanpa sebarang pertikaian. Sedangkan kita lihat dalam ilmu Fiqah itu sendiri terdapat Khilaf, ada ulama berpendapat mcm ni, ada ulama lain pndapat mcm ni..Setiap mereka mndatangkan dalil masing2..Dalam ilmu Hadis, ada Hadis Sahih, Hasaan, Dhaif, Maudu'. Ulama bersusah-payah menilai/mengkaji sesuatu Hadis untuk menilai 
taraf sesuatu hadis itu. 

Tetapi Sirah Nabi ni orang tak pertikai plak..Terima bulat2, contohnya kisah Hindun memakan hati Sayyidina Hamzah sewaktu perang..Benarkah sahih cerita ini? Kalau nak hurai apa yg ulama pertikai mengenai kisah ni panjang la..
Tapi secara ringkas di dalam Sahih Bukhari,
Wahsyi berkata, “Saya ketika itu bersembunyi di sebalik satu batu besar sambil mengintai-intai Hamzah. Bila dia lalu dekat saya, terus saya membaling lembing saya ke arahnya. Lembing itu mengenai bahagian pusatnya lalu menembusi belakangnya. Itulah pertemuan saya yang terakhir dengannya. Bila semua orang pulang dari medan perang, saya juga pulang bersama mereka dan terus menetap di Mekah (selepas merdeka) sehingga Islam tersebar di sana, kemudian saya pun keluar ke Ta’if.”

Cerita ni panjang lagi dalam Sahih Bukhari. Tapi tidak disebut satu pun tentang Hindun. Ini sebenarnya satu fitnah kpada Hindun.
Tidak juga Nabi s.a.w. menyatakan kebencian dan dendamnya kepada Hindun malah sebaliknya mengisytiharkan kepada umum bahawa sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abi Sufyan (juga merupakan rumah Hindun) untuk menyelamatkan dirinya, dia terselamat dan mendapat keamanan. Pengisytiharan seperti ini membuktikan dengan sejelas-jelasnya bahawa Hindun atau Abu Sufyan tidak terlibat sama sekali dalam pembunuhan Sayidina Hamzah apa lagi untuk dikatakan beliau telah membelah perut Hamzah lalu memakan hatinya. Hindun seperti juga ramai orang-orang Quraisy yang lain telah memeluk agama Islam, selepas berbai’ah dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan bersemuka dengan Nabi s.a.w., beliau secara terbuka menyatakan perasaannya setelah memeluk Islam terhadap Nabi s.a.w. Kata beliau, “Wahai Rasulullah! Dulu tidak ada manusia yang berkhemah di atas muka bumi ini lebih dipandang hina olehku darimu tetapi hari ini tidak ada orang yang berkhemah di muka bumi ini lebih ku kasihi darimu.”

Panjang lagi klau nak cerita. Ni baru satu kisah.terdapat banyak lagi kisah2 yang bercanggah dengan hadis, 
yang mana setelah dihurai oleh Ulama2 ternyata niat cerita itu adalah untuk memfitnah Nabi dan para sahabat. 

Video di bawah ni mengenai kisah yg masyur diceritakan di Malaysia,iaitu kisah Al-Qamah yg menderhaka kepada ibunya dan Tsa'labah yg enggan membayar zakat.




Semoga kita dapat mengambil iktibar dan menjadi orang yg bijak dalam menerima sesuatu itu terutama yg melibatkan Nabi Muhammad.
Inilah salah satu tanda kecintaan kita kepada Nabi, iaitu membersihkan Nabi dari kisah2 yg tidak sabit kepadanya.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment