Umumnya kita di malaysia berpegang kpada Mazhab Syafie yg mana ia berpegang dengan
pendapat bahawa Wanita Berhaid tidak boleh masuk masjid.
Namum dunia ilmu kini terbuka luas, kita kena belajar untuk menghormati pandangan Ulama-Ulama
lain. Bukan bermaksud disini untuk merendah-rendahkan Imam As-Syafie. Tetapi
Ulama-Ulama lain juga patut dihormati dan hujah-hujah mereka juga tidak kurang hebatnya.
Alangkah baik kalau kita belajar bersifat terbuka dan menghormati pandangan Ulama-Ulama
lain.
Terpulang kepada kita samada nak terima pendapat ini, atau berpegang kepada pndapat Mazhab Syafie.
Imam Bukhari: Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid
Selain dari Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya, ada beberapa ulama` lain yang berpendapat sebaliknya, yang menunjukkan terdapat khilaf dalam masalah ini. Pendapat-pendapat dalam hal ini boleh disimpulkan sebagaimana berikut:
1) Imam Malik berpendapat bahawa tidak harus secara mutlak bagi orang-orang perempuan (walaupun bagi mereka yang sudah tua) untuk tidur di dalam masjid, sama ada mereka berhaidh atau pun tidak.
Alasannya ialah kerana untuk mengelakkan fitnah kerana pepatah `Arab mengatakan (لكل ساقطة لاقطة) bermakna; “setiap yang gugur ada yang memungutnya”.
2) Imam Abu Hanifah, Imam Shafi`e dan Imam Ahmad dan jumhur ulama` pula berpendapat harus orang perempuan tidur dalam masjid dalam keadaan tidak berhaidh tetapi khilaful aula [ ya`ni tidak elok, yang lebih elok tidur di tempat lain (Nota: khilaful aula bukan bermakna makruh tetapi ianya lebih ringan daripada makruh)]
Mereka juga berpendapat tidak harus berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh.
3) Daud az-Zohiri, al-Muzani (anak murid Imam as-Syafi`e) dan Ibnu Hazam berpendapat harus tidur dalam masjid secara mutlak sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.
Dalam masalah Imam Bukhari ini sependapat dengan mereka.
Setiap ulama di atas mempunyai hujjah masing-masing berkenaan pendapat mereka dan kita perlu menghormati pendapat mereka. Atas dasar itulah Imam Bukhari tidak menyebutkan secara terang (qatie) hukum sama ada harus atau tidak orang perempuan duduk dalam masjid di dalam tarjamatil bab (tajuk-tajuk bab) kitab shahihnya.
Bab Tidur Orang Perempuan Dalam Masjid
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنَ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ قَالَتْ فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ قَالَتْ فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ قَالَتْ فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ قَالَتْ فَاتَّهَمُونِي بِهِ قَالَتْ فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا قَالَتْ وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتِ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ قَالَتْ فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ قَالَتْ فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ قَالَتْ فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ قَالَتْ عَائِشَةُ فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ قَالَتْ فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي قَالَتْ فَلا تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلا قَالَتْ وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلا إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلا قُلْتِ هَذَا قَالَتْ فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ
`Ubaid bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `Aaisyah bahawa ada seorang hamba perempuan berkulit hitam kepunyaan satu keluarga `Arab. Setelah keluarga itu memerdekakannya dia tetap hidup bersama mereka. Bekas hamba perempuan itu bercerita, katanya: “Pernah seorang anak perempuan keluarga tersebut keluar dengan memakai selempang merah daripada kulit yang bertatahkan permata. Dia meletakkan selempangnya atau selempangnya terjatuh daripada tubuhnya. Tiba-tiba seekor helang lalu di situ dan ia ternampak selempang yang berada di atas tanah itu. Kerana menyangka daging, helang itu menyambarnya. Mereka pula mencarinya tetapi tidak dijumpai.” Hamba perempuan itu bercerita lagi: “Setelah menuduh aku mengambilnya mereka terus memeriksaku sehingga mereka memeriksa kemaluannya.” Bekas hamba perempuan itu meneruskan ceritanya: “Demi Allah! Sesungguhnya ketika aku sedang berdiri bersama mereka tiba-tiba lalu burung helang tadi dan dilepaskannya selempang itu, ia jatuh di hadapan mereka. Aku lantas berkata: “Inilah yang kamu tuduh aku mengambilnya. Kamu menganggap aku mengambilnya padahal tidak. Nah! Inilah dia selempang itu.” Kata `Aaisyah: “Hamba perempuan ini kemudiannya datang menemui Rasulullah s.a.w. dan memeluk Islam. Dia mempunyai khibab (khemah kecil, gubuk ataupun pondok kecil) di dalam masjid. Dia selalu datang bercakap-cakap denganku dan setiap kali datang, dia tidak lupa mengungkapkan syair ini: “Hari selempang adalah antara keajaiban Tuhan kita, bagaimana pun ia telah menyelamatkan daku dari negeri kafir.” Pernah saya bertanya kepadanya: “Kenapa setiap kali kamu duduk di sampingku maka engkau mesti mengungkapkan syair ini?” Lalu beliau mengisahkan peristiwa tadi kepadaku.”
Tajuk yang dibuat oleh Imam al-Bukhari adalah “tajuk mutlak” iaitu tajuk terbuka yang tidak menghukum sama ada harus atau tidak bagi seorang perempuan untuk berada atau tidur di dalam masjid. Ini adalah sebagai isyarat bahawa terdapat khilaf ulama` dalam perkara ini.
Dalam bab ini Imam al-Bukhari membawa hadits yang menjadi dalil kepada ijtihadnya iaitu seorang perempuan dibenarkan mendiami atau duduk dalam masjid
Oleh kerana tidak ada hadits yang menunjukkan larangan untuk perempuan tersebut berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh, maka ulama`-ulama` termasuk Imam al-Bukhari menjadikan hadits ini sebagai dalil keharusan perempuan untuk berada di dalam masjid secara mutlak, ya`ni sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.
Ini adalah kerana mereka berpegang dengan kaedah fiqh (الأصل في الأشياء الإباحة) dan kaedah ini juga yang dipegang oleh Imam Bukhari.
Selain dari Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya, ada beberapa ulama` lain yang berpendapat sebaliknya, yang menunjukkan terdapat khilaf dalam masalah ini. Pendapat-pendapat dalam hal ini boleh disimpulkan sebagaimana berikut:
1) Imam Malik berpendapat bahawa tidak harus secara mutlak bagi orang-orang perempuan (walaupun bagi mereka yang sudah tua) untuk tidur di dalam masjid, sama ada mereka berhaidh atau pun tidak.
Alasannya ialah kerana untuk mengelakkan fitnah kerana pepatah `Arab mengatakan (لكل ساقطة لاقطة) bermakna; “setiap yang gugur ada yang memungutnya”.
2) Imam Abu Hanifah, Imam Shafi`e dan Imam Ahmad dan jumhur ulama` pula berpendapat harus orang perempuan tidur dalam masjid dalam keadaan tidak berhaidh tetapi khilaful aula [ ya`ni tidak elok, yang lebih elok tidur di tempat lain (Nota: khilaful aula bukan bermakna makruh tetapi ianya lebih ringan daripada makruh)]
Mereka juga berpendapat tidak harus berada dalam masjid ketika dalam keadaan haidh.
3) Daud az-Zohiri, al-Muzani (anak murid Imam as-Syafi`e) dan Ibnu Hazam berpendapat harus tidur dalam masjid secara mutlak sama ada dalam keadaan haidh ataupun tidak.
Dalam masalah Imam Bukhari ini sependapat dengan mereka.
Setiap ulama di atas mempunyai hujjah masing-masing berkenaan pendapat mereka dan kita perlu menghormati pendapat mereka. Atas dasar itulah Imam Bukhari tidak menyebutkan secara terang (qatie) hukum sama ada harus atau tidak orang perempuan duduk dalam masjid di dalam tarjamatil bab (tajuk-tajuk bab) kitab shahihnya.
Melalui hadits yang dinyatakan di dalam “Bab Tidur Orang Perempuan Di Dalam Masjid” ini, Imam al-Bukhari menyatakan pendapatnya bahawa adalah harus bagi orang perempuan tidur dalam masjid sama ada dalam keadaan haidh maupun tidak.
Antara alasan ulama` yang mengharamkan orang perempuan tidur atau berada lama di dalam masjid:
- Adanya kemungkinan aurat mereka terdedah kepada orang-orang lelaki yang selalu berulang alik ke masjid.
- Boleh menimbulkan fitnah dengan adanya mereka di dalam masjid.
- Adanya mereka di dalam masjid mendedahkan masjid kepada kekotoran darah haidh.
- Perempuan-perempuan yang berhaidh mungkin akan datang haidh pada tarikh-tarikh tertentu atau pada bila-bila masa, yakni, kemungkinan datang haidh semasa mereka tidur.
- Terdapat beberapa hadits larangan orang perempuan yang berhaidh berada di dalam masjid
Bagi Imam al-Bukhari semua alasan-alasan di atas tidak kukuh kerana:
- Semua perkara-perkara yang dikhuatiri seperti terdedah aurat, mendatangkan fitnah dan mengotorkan masjid tidak semestinya berlaku;
Bagaimana sekiranya dalam keadaan tiada fitnah? (Seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. kepada seorang perempuan yang tersebut dalam hadits bab ini)
- Bagaimana dalam keadaan sekiranya `aurat seorang perempuan terpelihara misalnya kerana dia berada dalam satu khemah khusus di suatu ruangan yang agak jauh daripada lelaki seperti yang tersebut dalam hadits ini?
- Bagaimana sekiranya perempuan yang berhaidh dapat mengawal darah haidhnya daripada tumpah dan mengotori masjid?
- Bagaimana pula sekiranya fitnah di luar masjid lebih besar daripada fitnah di dalam masjid?
- Hadits-hadits yang mengharamkan perempuan-perempuan berhaidh dari berada di dalam masjid itu tidak ada satu pun yang menepati syarat Imam Bukhari dan tidak setaraf dengan hadits yang dinyatakannya dalam bab ini.
Contohnya:
Hadits Pertama:
Hadits tentang sembahyang hari raya yang menyebutkan ketika Nabi s.a.w. menyuruh semua orang tidak kira sama ada tua atau muda, suci maupun haidh supaya pergi berkumpul untuk sembahyang hari raya.
Apabila sampai di sana Nabi s.a.w. menyuruh perempuan-perempuan berhaidh supaya duduk di belakang.
Maka ulama` yang berpendapat ‘tidak harus’ orang perempuan berhaidh masuk dalam masjid mengatakan, inilah dalil jelas kerana Nabi menyuruh orang yang berhaidh supaya duduk berasingan kerana bimbang tempat sembahyang itu akan dicemari oleh darah haidh.
Jawapan daripada Imam al-Bukhari dan ulama` yang berpendapat ‘harus’ orang perempuan berhaidh masuk dalam masjid:
· Tempat sembahyang yang disebutkan dalam hadits tersebut bukannya masjid tetapi musollaiaitu di tanah lapang atau padang maka hukumnya tidak boleh disamakan dengan hukum masjid.
Nabi s.a.w. tidak menyuruh keluar dari kawasan musolla sebaliknya hanya menyuruh orang perempuan berhaidh duduk di bahagian belakang kerana mahukan keadaan lebih tersusun dan mudah apabila bangun untuk sembahyang nanti.
· Tidak ada dalil yang Nabi s.a.w. menyuruh mereka keluar daripada musolla; apa yang baginda suruh hanyalah supaya mereka duduk di bahagian belakang musolla yang mana masih lagi dalam kawasan musolla.
· Sekiranya mahu dikiaskan hadits tersebut dengan masjid maka apa yang jelas ialah orang perempuan berhaidh masih lagi dibenarkan duduk di dalam masjid iaitu di bahagian belakang masjid seperti yang berlaku dalam hadits tadi.
Hadits kedua:
Hadits yang menyebutkan Nabi s.a.w. pernah berada di dalam rumahnya manakala sejadahnya berada di dalam masjid. Lalu baginda berkata kepada `Aaisyah: “Pergi ambil sejadah itu dan bawakannya kepadaku.” `Aasiyah pun menjawab: “Saya ini telah datang haidh.” Baginda pun berkata: “Haidh kamu bukan di tangan kamu.”
Ulama` yang berpendapat‘tidak harus’ bagi orang perempuan berhaidh masuk masjid mengatakan bahawa:-
Ø `Aaisyah mengambil sejadah itu dengan hanya menjangkau dengan tangannya tetapi tidak sampai masuk ke dalam masjid. Dengan itu ada kaitannya dengan sabda baginda yang mengatakan haidh bukan di tangannya.
Ø `Aaisyah teragak-agak dan memberi alasan bahawa dia tidak boleh masuk ke dalam masjid dengan sebab berhaidh. Ini bermakna apa yang `Aaisyah fahami adalah orang yang berhaidh tidak boleh masuk ke dalam masjid.
Ulama` yang berpendapat ‘harus’ bagi orang perempuan berhaidh masuk masjid pula mengatakan:
Ø Tiada dalil yang menunjukkan `Aaisyah mengambil sejadah itu dengan hanya menjangkau dengan tangannya dan tidak masuk ke dalam masjid dan juga tidak ada dalil yang menunjukkan sejadah itu berada dekat dengan beliau. Oleh itu boleh dikatakan bahawa hadis ini menunjukkan adalah harus bagi orang perempuan berhaidh masuk ke dalam masjid kerana baginda menyuruh `Aaisyah masuk ke dalam masjid untuk mengambil sejadah dalam keadaan berhaidh.
Ø Manakala teragak-agaknya `Aaisyah untuk masuk ke dalam masjid boleh jadi disebabkan `Aaisyah masih belum mengetahui hukum sebenar yang orang perempuan berhaidh harus masuk ke dalam masjjid. Kemungkinan kedua ialah `Aaisyah beranggapan adalah tidak sesuai orang berhaidh masuk ke dalam masjid tetapi oleh kerana baginda sendiri yang menyuruhnya masuk maka ini menunjukkan harus dan boleh untuk wanita berhaidh masuk ke dalam masjid.
Menerusi bab ini, Imam al-Bukhari secara isyarat, mengemukakan pandangannya berhubung hukum perempuan berhaidh berada di dalam masjid iaitu, orang perempuan berhaidh tersebut boleh terus berada di dalam masjid dalam keadaan memelihara dirinya daripada mencemarkan masjid dengan darah haidh. Ini kerana tidak tersebut dalam mana-mana hadits sama ada larangan maupun perintah supaya perempuan tersebut keluar dari masjid apabila datangnya haidh. Juga tidak ada riwayat yang menyebutkan bahawa perempuan tersebut telahpun putus haidh (menopause)
Perlu diingat bahawa, salah satu kaedah fiqh Imam Bukhari ialah berpegang dengan umum hadits selagi tidak terdapat dalil yang mampu mengkhususkannya. Umum hadits bab ini menunjukkan perempuan berkenaan adalah perempuan biasa dan normal. Sebagai perempuan yang normal maka semestinya dia berhaidh tetapi tidak terdapat pula mana-mana kenyataan yang mengatakan dia keluar dari masjid semasa berhaidh.
Selain hadits di atas, Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya juga berpegang kepada hadits Jabir di mana `Aaisyah sampai ke Mekah dalam keadaan berhaidh. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh `Aaisyah melakukan semua perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang mengerjakan haji selain bertawaf dan bersembahyang. Riwayat ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab shahihnya.
Bukankah banyak sekali perkara yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji selain dari tawaf dan sembahyang seperti membaca al-Quran, berzikir, bertalbiyah, melontar jamrah, masuk ke dalam masjid, berada dan beri`tikaf di dalamnya dan lain-lain lagi?
Tentang hadits-hadits yang dengan terang melarang perempuan berhaidh berada di dalam masjid yang dijadikan pegangan oleh sesetengah ulama`, bagi Imam Bukhari tidak mampu mengkhususkan hadits umum ini, sama ada kerana hadits-hadits tersebut tidak setanding dengannya atau tidak jelas maksudnya atau kerana sebab-sebab lain yang melemahkan hadits tersebut.
Antara hadits yang dipegang oleh golongan ulama` yang mengharamkan perempuan berhaidh berada di dalam masjid ialah hadits riwayat `Aaisyah daripada Nabi s.a.w. Baginda dikatakanbersabda:
فإني لا أحل المسجد لحائض و لاجنب
Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid untuk perempuan berhaidh dan orang yang berjunub – Hadits riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah
Tetapi hadits ini tidak shahih kerana di dalam isnadnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu:
Aflad bin Khalifah : Ibnu Hazam di dalam al-Muhalla-nya menyebutkan bahawa Aflad tidak masyhur dan juga tidak dikenali sebagai perawi tsiqah (dipercayai). Ibnu Hazam juga menganggap hadits ini sebagai hadits yang bathil.
Imam Ahmad menganggap hadits hadits ini dhaif kerana perawinya Aflad bin Khalifah seorang yang majhul. Demikian kata Al-Baghawi di dalam Syarhus Sunnah.
Al-Khattabi di dalam Ma`alim-nya berkata: Sekumpulan tokoh hadits mengatakan hadits ini dhaif. Kata mereka; perawinya Aflad adalah seorang yang majhul dan haditsnya tidak boleh dijadikan hujjah.
Imam Bukhari sendiri menganggap hadits ini munkar dan dhaif.
Selain itu `Abdul Haq al-Isybini, Baihaqi dan Nawawi turut mengatakannya dhaif.
Jasrah binti Dijajah: Imam Bukhari mengatakan Jasrah adalah seorang perawi yang banyak meriwayatkan perkara-perkara pelik dalam hadits-haditsnya. Dialah perawi yang merupakan madar iaitu paksi dalam periwayatan hadits ini.
Jasrah tidak terkenal sebagai tsiqah dan adil. Tidak seorang pun ulama` mutaqaddimin yang boleh diterima tausiqnya telah mentsiqahkannya.
Hafiz Ibnu Hajar hanya mengatakan dia maqbulah. Menurut istilah Hafiz Ibnu Hajar, seorang perawi maqbul boleh diterima riwayatnya sebagai hujjah sekiranya adamutabi` atau syahid kepadanya sedangkan hadits yang dianggap sebagaimutabi` atau syahid kepada hadits ini tidak dapat menguatkannya kerana di dalam isnad-isnadnya terdapat perawi yang majhul dan dhaif.
Beberapa orang ulama` seperti Ibnu Khuzaimah dan Syaukani (yang sependapat dengan Ibnu Khauzaimah) mengatakan hadits tersebut shahih bahkan hadits ini ada diriwayatkan dalam Shahih Ibnu Khuzaimah.
Antara hadits yang dikatakan sebagai penyokong riwayat tadi adalah:
Ibnu Majah meriwayatkan:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي غَنِيَّةَ عَنْ أَبِي الْخَطَّابِ الْهَجَرِيِّ عَنْ مَحْدُوجٍ الذُّهْلِيِّ عَنْ جَسْرَةَ قَالَتْ أَخْبَرَتْنِي أُمُّ سَلَمَةَ قَالَتْ
دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْحَةَ هَذَا الْمَسْجِدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ إِنَّ الْمَسْجِدَ لَا يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلَا لِحَائِضٍ
Abu Bakaar bin Abi Syaibah dan Muhammad bin Yahya meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Abu Nu`aim meriwayatkan kepada kami, Ibnu Abi Ghaniyyah meriwayatkan kepada kami daripada Abi al-Khattab al-Hajariy daripada Mahduj az-Zuhli daripada Jasrah, katanya: Ummu Salamah memberitahu kepada saya, katanya:
“Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke perkarangan masjid ini lalu memekik dengan setinggi-tinggi suaranya bahawa masjid ini tidak halal untuk orang yang berjunub dan berhaidh.”
Hadits ini dhaif kerana terdapat di dalamnya Abi al-Khattab al-Hajariy dan Mahduj az-Zuhli. Selain itu hadits ini juga adalah riwayat Jasrah.
Abi al-Khattab al-Hajariy adalah perawi majhul dan Mahduj az-Zuhli adalah perawi yang saqit (perawi yang haditsnya tidak boleh dijadikan hujjah, tidak boleh ditulis dan tidak boleh dijadikan i`tibar)
At-Tabrani dan al-Baihaqi dengan isnad masing-masing juga meriwayatkan dari saluran yang sama dengan riwayat yang dikemukakan Ibnu Majah iaitu daripada Ummu Salamah juga tetapi al-Tabrani mengemukakannya dengan tambahan:
إلا للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وأزواجه وفاطمة بنت محمد و علي ألا بينت أن تضلوا
(tidak boleh masuk) kecuali kepada nabi, isteri-isterinya, Fatimah binti Muhammad dan `Ali. Ketahuilah aku terangkan agar kamu tidak terpesong.
Al-Baihaqi pula mengemukakannya dengan tambahan berlainan:
إِلاَّ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَعَلِىٍّ وَفَاطِمَةَ وَالْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ أَلاَ قَدْ بَيَّنْتُ لَكُمُ الأَسْمَاءَ أَنْ لاَ تَضِلُّوا
(tidak boleh masuk) kecuali kepada Rasulullah s.a.w, `Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ketahuilah aku terangkan kepadamu nama-nama itu agar kamu tidak terpesong.
Selain bermasalah dari segi sanad, kedua-dua tambahan yang kemukakan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi tadi merupakan tambahan daripada Syiah pelampau. Ibnu Majah tidak menyebutkan tambahan ini di dalam riwayatnya. Demikian kata Ibnul Qayyim di dalam Tahzib Sunan Abi Daud.
Hadits ketiga:
Ibnu Hazam meriwayatkan daripada `Abdul Wahhab daripada `Ato al-Khaffaf daripada Abi Ghaniyyah daripada Ismail daripada Jasrah binti Dijajah daripada Ummi Salamah, katanya: “Masjid ini haram kepada setiap orang lelaki yang berjunub dan setiap orang perempuan yang berhaidh kecuali kepada Muhammad, isteri-isterinya, `Ali dan Fatimah.”
Hadits ini juga dhaif kerana di dalam isnadnya terdapat beberapa perawi yang dhaif dan majhul.
Imam Ahmad mengatakan `Abdul Wahhab seorang perawi yang lemah dan muttorib.
Imam Bukhari, Abu Hatim ar-Razi, as-Saji dan an-Nasa`i mengatakan dia seorang yang tidak kuat (iaitu dhaif)
Ibnu Hazam pula mengatakan dia munkarul hadits (perawi hadits yang dhaif meriwayatkan hadits bercanggah dengan perawi yang tsiqah)
Abu Daud, az-Zahabi dan lain-lain mengatakannya dhaif.
Ismail juga menurut al-Azji dan Ibnu Hibban adalah perawi munkarul hadits.
Ad-Daraqutni dan Ibnul Jauzi mengatakan dia dhaif sementara Ibnu Hazam pula mengatakan dia majhul.
Bagaimana hadits-hadits tadi akan menguatkan antara satu sama lain sekiranya setiap satunya adalah dhaif?
Di antara hadits yang paling kuat adalah hadits yang mula-mula dibentangkan tadi iaitu hadits Jasrah riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah.
Walaupun ada ulama` yang menghukumkannya shahih seperti Ibnu Khuzaimah dan asy-Syaukani atau menghukumnya hasan seperti Ibnul Qatttan al-Fasi, Ibnu Sayyid an-Nas tetapi ramai ulama’ menghukumkannya dhaif seperti yang diterangkan sebelum ini.
Pendapat yang mengatakan hadits ini dhaif adalah lebih kuat berdasarkan kepada kaedah sesuatu hadits itu dihukum dhaif apabila sanadnya mengandungi perawi dhaif dan, jelas sekali hadits-hadits yang disebutkan di atas tadi diriwayatkan oleh perawi yang dhaif.
Maka tidak ada lagi alasan untuk menghukumnya shahih atau hasan. Dalam masalah ini pendapat Bukhari kelihatan lebih kuat , relevan dengan logik serta bersemangat kritis masyarakat Islam moden.
Ia juga lebih menjinakkan masyarakat bukan Islam yang terkeliru dengan Islam terutama berkenaan hak dan kedudukan orang perempuan.
Pendapat Imam Bukhari dalam masalah ini benar-benar mencerminkan kemudahan dalam Islam. Di samping itu ia juga akan menghasilkan manfaat dan faedah sebagaimana berikut ini:
i. Menyerlahkan keperihatinan agama Islam terhadap kaum wanita.
ii. Bersangka baik terhadap sifat amanah kalangan lelaki dan perempuan muslimah terutamanya apabila berada di dalam masjid.
iii. Tanggapan bahawa Islam mengamalkan diskriminasi wanita akan semakin lenyap.
iv. Bagi Rasulullah s.a.w, tempat yang lebih selamat dan terpelihara untuk wanita ialah di masjid. Begitulah yang sepatutnya dan pada bila-bila masa sekalipun.
v. Masjid bukan sahaja menjadi tempat paling selamat untuk wanita tetapi juga menjadi tempat mencari ilmu bagi sahabat-sahabat baginda yang bergelar ahli Shuffah yang tinggal di serambi masjid. Begitu juga dengan tetamu-tetamu baginda yang datang dari jauh. Inilah yang menjadi asas kepada asrama pertama dalam Islam dengan menempatkan penuntut-penuntut ilmu dan tetamu-tetamu Nabi s.a.w. di masjid Nabi s.a.w.
vi. Masjid adalah tempat yang mulia di sisi Allah, memberi perlindungan kepada wanita di masjid bererti memuliakan mereka.
vii. Di sesetengah tempat, membawa mereka ke masjid lebih menjamin keselamatan mereka daripada membiarkan mereka di dalam kenderaan semata-mata kerana datang bulan.
viii. Menjinakkan wanita dengan masjid yang merupakan pusat sumber ilmu agama kepada masyarakat Islam apabila tiada halangan untuk pergi ke sana. Peluang yang ada untuk mereka mendalami ilmu agama sama seperti peluang yang ada pada kaum lelaki.
ix. Orang-orang perempuan berhaidh boleh menjadikan masjid sebagai tempat perhentian atau tempat berehat ketika bermusafir tanpa perlu berpisah dan berjauhan dengan ayah, suami dan lain-lain.
x. Dalam keadaan terdesak seperti ketika hujan lebat, ribut dan sebagainya orang-orang perempuan yang datang bulan juga boleh berlindung di dalam masjid tanpa rasa bersalah dan berdosa.
xi. Sesetengah masjid menyediakan bilik-bilik untuk musafir, perpustakaan, bilik komputer, ruang makan, kaunter zakat dan sebagainya. Dalam keadaan-keadaan seperti ini orang perempuan berhaidh juga berpeluang menikmati manfaat dari kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh masjid sekiranya pendapat ini diguna pakai.
Wallahua`lam.
No comments:
Post a Comment