Keluarga Kita

Sunday, 25 September 2011

Tatacara melawat Blog





Pertamanya diucapkan Selamat Datang kepada ahli keluarga yang sudi melawat blog ini.
Blog ini ditubuhkan sebagai satu platform untuk kita sekeluarga menghebahkan maklumat, berkongsi idea dan pandangan serta sebagai satu saluran informasi kepada semua ahli-ahli keluarga mengenai perkembangan keluarga kita serta dunia semasa.

Kepada sesiapa yang melawat blog ini teramat-amatlah dialukan untuk memberikan komen, idea atau kritikan. 

Cara-cara untuk memberikan komen: 

1. Cara pertama untuk memberikan komen adalah dengan menulisnya di kotak berwarna biru ini. Terletak disebelah kanan blog ini.
Sila lihat gambar disebelah sebagai rujukan. 
Segala apa yang terpendam dihati silalah nyatakan disini. Kata2 kesat dan tidak bermoral adalah dilarang sama sekali.







Cara kita nak masukkan komen kat benda biru ni. Mula-mula kita letak nama, Rujuk no 1 pada gambar. Nama tu ikut la nak letak nama penuh ke pendek atau nama samaran pun boleh. Tapi biarlah nama yg semua orng tahu, contohnya mcm Idah, Pok yek, Mas, Pak Cik Oli, dan sebagainya.
Kemudian kalau sapa ada blog bleh letak link blog dia kat gambar no 2, kalau x der tu x yah la letak. Kemudian taip la mesej yang kita nak sampaikan tu dalam kotak pada gambar no 3, taip tu bagi semua orang faham, jgan terlalu short form sgt sampai orng x tahu.
Last sekali tekan butang Go pada gmbar no 4 untuk publishkan mesej kita.







2. Cara kedua untuk komen adalah dengan memberi komen pada pos yang kita baca.  Disetiap pos yang kita baca akan ada dibahagian bawah post itu ruangan untuk memberi komen. Rujuk gambar diatas.

Klik pada perkatan Sila Komen, kemudian akan keluar satu bahagian untuk kita menulis komen. Rujuk gambar diatas.

Bila dah tekan Sila Komen, akan keluarlah begini.  Taip mesej yang kita nak tu dalam kotak yang disediakan, rujuk gambar no 1. Kemudian klik pada Comment as dan pilih Anonymous seperti pada gambar no 2. Kemudian klik Post Comment. Jangan lupa tulis nama kat tempat kita komen tu.

Selesai bab komen-mengomen.


Yang terakhir nak cerita kat sini adalah mengenai Category dan  Blog Archive. Category dan blog archive ni ada di belah kanan blog. Kegunaan Category ini adalah untuk merujuk kepada pos yang telah dibahagikan mengikut setiap kategori. Setiap pos yang di publish ni akan ada kategori masing-masing antaranya HPA, Kesihatan, Umum dan Keluarga.
kalau kita nak tengok post mengenai Kesihatan, kita klik pada Kesihatan, akan keluarlah post-post yang berada dalam kategori kesihatan.  Begitulah yang lainnya.

Blog archive plak untuk kita tengok post2 yang terdahulu. post-post ini diletakkan mengikut bulan. klik sahaj pada bulan yang kita nak dan akan keluar tajuk2 post untuk kita baca.

Blog keluarga ini dikendalikan oleh Pak Cu(Mohd Jamil).
Sebarang maklumat yang hendak dimasukkan pada blog ini boleh lah kita emailkan kepada email keluarga :
akaun_family@yahoo.com
Pak cu akan publishkan maklumat yang dihantar ke email itu kedalam blog ini.

Selamat membaca blog ini, semoga kita mendapat manfaat dari segala maklumat yang disampaikan, dan yang paling penting jangan lupa KOMEN!! yer..hehe




Monday, 19 September 2011

Set Colon Cleansing


Seperti yang dibincangkan pada post sebelum ini, iaitu mengenai pentingnya menjaga kesihatan usus serta 80% penyakit yang berpunca dari usus.
Persoalan yang sering timbul dikalangan kita adalah, "apakah cara yg sesuai nak jaga usus ni?"
Jangan risau kerana HPA ada penyelesaiannya  Mari kita lihat apakah alternatif atau penyelesaian kepada masalah usus ini.


SET COLON CLEANSING 


Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita.
Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas.

Herba Spirulina
Spirulina (Arthospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah dijadikan sebagai makanan kesihatan dan perawatan melalui penelitian dan kajian para ahli dunia sejak puluhan tahun yang lalu. Sumber anti toksik yang tinggi sangat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap kedalam tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur. 
Kelebihan spirulina: 
1.     Bertindak sebagai anti virus
2.     Menurunkan kadar kolesterol.
3.     Menaikkan imunisasi badan.
4.     Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
5.     Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
6.     Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
7.     Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
8.     Mengatasi kelemahan tubuh badan.
9.     Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam



Herba Pelawas

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
·        Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
·        Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. 
·        Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
·        Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
·        Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
·        Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol


      Herba Tuju Angin

Herba Tuju Angin mengandungi Teja Lawang, Akar Mengkudu, Pokok Larak, dan Tebu Gajah.
Khasiat Herba Tuju Angin:
1. Memperbaiki proses penghadaman dan juga melawaskan usus.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka di dinding usus.
3. Apabila disinergikan dengan herba lain ia mampu menguatkan jantung (kardiotonik). Amat baik bagi mereka yang lemah jantung sekaligus mendatangkan kesan afrodisiak atau memulihkan tenaga batin.
4. Dapat mengatasi angin meroyan kalau disinergikan dengan herba lain.
5. Mengatasi perut kembung
6. Menghilangkan rheumatik
7. Mengatasi migrain
8. Mengatasi gastrik
9. Menghilangkan kesemutan(kebas) pada hujung jari
10. Meredakan sakit sendi
11. Hilang selera makan

Komposisi: 75 kapsul satu botol
Dos: 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Jangan tunggu lagi !!!!!
Set Colon Cleansing cuma RM 65 sahaja !!!!    
Setiap orang mesti memiliki satu Set Colon Cleansing !!!
Dapatkan segera Set Colon Cleansing di Cawangan2 serta Stokis2 HPA berdekatan anda.


* Boleh hubungi pak chu untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 14 September 2011

80% Penyakit berpunca dari COLON (USUS)


  
-Usus merupakan organ yang sangat penting bagi kehidupan kita. 
Di dalam usus makanan yang merupakan sumber tenaga dicerna dan sampah pencernaan akan di buang ke dalam usus besar yang merupakan bagian akhir dari saluran pencernaan. 
- Usus besar mempunyai fungsi antara lain: tempat mengumpulkan sisa makanan yang kemudian akan dibuang melalui anus,tempat menyerap air dan beberapa mineral, dan tempat pertumbuhan bakteria, dimana bakteria dalam usus besar ini dapat membentuk beberapa jenis vitamin iaitu vitamin B dan K yang kemudian diserap oleh tubuh.

- Melihatkan fungsinya yang sangat penting pada sistem tubuh, kita perlulah mengambil berat akan hal ini. Dalam usus inilah biasa dikatakan sebagai induk berbagai penyakit. Ketidakseimbangan fungsi usus ini dapat mengakibatkan pengumpulan racun (toksin) yang melalui sistem peredaran darah dan limfatik akan tersebar ke seluruh tubuh kita dan menimbulkan berbagai macam penyakit.

- Hal inilah yang berlandaskan oleh Rasulullah Saw dalam sabdanya “Perut itu merupakan wadah semua penyakit”. Oleh kerana itulah Islam mengajarkan menjaga kesihatan usus bermula dengan cara menjaga makanan yang masuk ke dalam perut sampai kepada aktiviti BAB(Buang Air Besar) yang betul. 

Gangguan pada usus besar secara kasarnya adalah disebabkan oleh: 
1) Stress.
Stress atau tekanan fikiran menjadi penyebab utama penyakit usus serta penyakit-penyakit yang lain. Masa transit makanan dalam perut (usus) mengambil masa antara 12-14 jam. Stress yang kita alami dapat melambatkan masa transit makanan dalam usus sehingga mengakibatkan pengumpulan toksin dalam usus.

2) Pola Makan
Memakan makanan yang berlendir (mucus),sperti keju,mentega,dll, makanan segera (fast food), makanan dengan 3P (Pengawet,Pewarna,Perasa), dan makanan yang didalamnya mengandung kurang serat disertai kurang minum air masak mengakibatkan faces ( kotoran ) yang akan dikeluarkan menjadi keras sehingga akan tertahan lama di usus besar (Kebiasaanya dalam satu hari kita buang air besar satu sampai dua kali) mengakibatkan faces ( Kotoran ) menjadi asam sehingga menyebabkan luka pada mucosa usus besar yang lama kelamaan mucosa tersebut akan berubah ( mutasi ) ke arah keganasan(peradangan) .Kesannya ia dapat meningkatkan keasaman perut sehingga menyulitkan pembuangan feces(kotoran/najis).

3) Pola makan
Faktor lain yang menyebabkan penyakit perut adalah berkait dengan bad habit (kebiasaan buruk dalam makan) seperti minum alkohol, merokok, banyak minum kopi(kecuali kopi radix), makanan dan minuman berkarbonat (soda,dll), makan dengan berselang dengan minum, setelah makan terus tidur, makan terlalu kenyang, perut tidak tegak sewaktu makan(makan sambil berbaring, menyandar), dan food combining yang salah dapat menyebabkan gas dan luka dalam usus.

4) Keseimbangan Bakteri Baik dalam usus
Didalam sistem pencernaan yang baik terdapat kira-kira 60 jenis bakteria atau mikroflora yang berguna untuk membentuk beberapa zat makanan yang penting serta membantu menjaga keseimbangan PH dan bakteria yang tidak baik didalam usus. Bila keseimbangan bakteri ini terganggu maka akan terjadi gangguan pada saluran pencernaan dan penyakit autointoksikasi(akan diterang kemudian).

5) BAB Tidak teratur. BAB(buang air besar)
Keteraturan buang air besar sangat berguna untuk membuang racun (Toksin) yang dihasilkan dari pembusukan dan pemerapan.
Menurut Joseph Vargas,. Director Phd dari Wholistic Health Center di Houston Texas, keteraturan buang air besar untuk mencapai pembuangan racun ( Toksin ) dari tubuh dapat terjadi bila dalam sehari kita dapat buang air besar dua sampai tiga kali sehari secara teratur.
Kini kita paham betapa pentingnya kebersihan usus besar ( Colon ) bagi menjaga kesihatan tubuh, yang mana bila kebersihan usus ini tidak dijaga atau diperhatikan akan menimbulkan keluhan – keluhan kesihatan serta penyakit degeneratif pada tubuh kita.

PENYAKIT AUTOINTOKSIKASI
Penyakit autointoksikasi merupakan penyakit yang disebabkan karena keracunan dari dalam tubuh sendiri.
Kita ketahui usus besar merupakan bahagian dari saluran pencernaan yang berperanan sebagai tempat mengumpulkan sisa makanan, menyerap beberapa zat makanan yang masih diperlukan didalam tubuh seperti mineral dan air serta tempat pertumbuhan bakteria.
Bila fungsi ini terganggu seperti yang telah dibahaskan dalam point(gangguan pada usus besar), maka racun (Toksin) yang berasal dari sisa-sisa makanan akan terbentuk dan kemudiannya dibawa oleh sistem peredaran darah keseluruh bahagian tubuh kita. Ini mengakibatkan sel dalam tubuh kita keracunan sehingga kemampuan sel untuk membiak akan hilang yang kemudian akan menimbulkan penyakit. 
80% penyakit yang berpunca dari usus adalah: 
  • Asma dan Gangguan pada paru-paru.
  • Bisul, Kulit Buruk, Ekzim,dan  Gatal-gatal pada kulit
  • Ganguan Endokrin.
  • Gangguan denyutan jantung.
  • Gangguan pencernaan (kembung perut, mual-mual,cirit-birit)
  • Menyebabkan kanser/tumor hati, usus besar dan pankreas.
  • Sering sakit kepala.
  • Cepat tersinggung, pemarah, letih lesu, depression (tekanan).
  • Ganguan pundi kencing, buah pinggang, dan batu karang.
  • Jerawat.
  • dan lain-lain.