Sejak sekian lama masyarakat Islam di negara kita sentiasa terdedah dengan perkara yang pelik lagi menarik. Manusia memang berminat untuk mengetahui, mengeluar dan menyebarkan cerita-cerita yang karut, samada secara lisan, tulisan, filem atau apa saja.
Cerita bahawa kaum lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula sebaliknya, iaitu 1 akal dan 9 nafsu memang amat masyhur sekali di kalangan kita. Ia telah dilihat dan diterima oleh masyarakat kita sebagai sesuatu yang benar. Jika ditanya dari manakah sumber fakta ini diambil, mereka akan menjawabnya; mendengarnya daripada para alim ulama’.
Kata-kata sakti ini dinukilkan daripada dialog yang berlaku di antara Imam al-Hasan al-Basri dengan tokoh Sufi yang masyhur, Rabiatul Adawiyah rahimahumalLah. Iaitu semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan al-Hasan telah menjawab sebagaimana di atas, iaitu 9:1 dan 1:9.
Demikianlah kisah yang didakwa telah berlaku di antara dua tokoh besar dalam Islam. Kisah ini telah dinukilkan oleh Usman al-Khaubawi, dalam kitabnya “Durrah an-Nasihin” , (dalam buku ini jugalah terdapat hadis masyhur di kalangan orang Melayu tentang kelebihan tertentu setiap malam solat terawih).

Menurut al-Fadhil Dr Abu Zaid, Ahmad Najib Abdullah al-Qari [mantan pensyarah KIAS, sekarang di APIUM, Nilam Puri] melalui makalah beliau dalam majalah “Pengasuh” terbitan MAIK bil 623:
Cerita ini tidak benar sama sekali untuk dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri (apalagi kepada Rasulullah saw) kerana ia diambil daripada sumber yang tidak sahih. Hujahnya mudah sahaja, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H. Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan pendapat yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H [Lihat: Az-Zahabi, Siyar A’lam an-Nubala’: 8341].
Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, bagaimana pula boleh berlaku dialog sedemikian di antara mereka berdua?
SUMBER : http://www.abuanasmadani.com/?p=1183
Benarkah ucapan ini benar2 dari imam hassan basri?? Sebagaimana yang ditulis dalam penerangan diatas menunjukkan agak mustahil berlaku dialog antara Imam Hassan Albasri dgan Rabiatul Adawiyah. Kata-kata ini begitu masyur dikalangan masyarakat melayu, bahkan jika dilihat sebenarnya ia menjadi fitnah kepada kaum hawa. Selalunya kaum adam akan mengatakan kaum hawa ini tak fikir panjang, cepat emosi, buat keputusan tergesa-gesa kerana mereka 1 Akal, dan kaum hawa juga hanya memikirkan tentang kebendaaan/materislistik dan mata duitan, kerana mereka 9 Nafsu. Tidakkah ini satu diskriminasi buat kaum hawa.
Islam mengangkat martabat kaum wanita, menjaga kehormatan kaum wanita. Masing2 lelaki dan perempuan diciptakan mempunyai kekurangan dan kelebihan masing2 untuk kita saling melengkapi. Seorang lelaki wajib mentaati ibunya, manakala isterinya wajib mentaatinya. Kita mesti saling menghormati antara sesama makhluk. Allah menciptakan manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing2. Gunakan kelebihan yang dikurniakan Allah untuk membantu agamaNya, dan cubalah untuk memperbaiki kelemahan diri kita.
Kalau ada orang cakap pasal ni, bagitau dia 1) Kata-kata ni bukan dari Nabi Muhammad(maka ia bukanlah satu hujah/nas). 2) Orang menyabitkan kata-kata ini kepada Hassan Al-Basri tetapi setelah dibuat penelitian maka tidak sabit juga dari Hassan Albasri. Maka katakan pada mereka hentikanlah menyebarkan kata-kata ini.
Wallahua'lam.