Keluarga Kita

Sunday 8 January 2012

Tahniah kepada Baihaqi


            Pada 22 Disember 2011 yang lalu, keputusan bagi peperiksaan PMR telah diumumkan dan salah seorang ahli keluarga kita merupakan calon PMR iaitu Baihaqi atau dengan panggilan yang lebih mesra 'Bai'.

Alhamdulillah syukur pada Allah, bai telah mendapat keputusan 8A 1B.
Setelah segala usaha dan pengorbanan dicurahkan, akhirnya membuahkan hasil yang sangat berbaloi.
Kami semua mengucapkan tahniah diatas kejayaan ini, dan semoga kejayaan ini akan 
menjadi pembakar semangat untuk lebih berusaha lebih gigih dimasa akan datang. 

Buat anak-anak saudara lain yang bakal menempuhi perbagai ujian didalam persekolahan samada UPSR, PMR,SPM dan sebagainya, jadikan contoh-contoh kejayaan ahli-ahli keluarga kita sebagai pembakar semangat kita untuk berusaha dengan lebih gigih.